Tuduhan rasuah Kasitah_Gaddam

Kasitah menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). Beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 12 Feb 2004 atas dua pertuduhan rasuah. Kasitah dituduh menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi Lembaga LKTNS untuk kepentingan peribadi dengan mengambil bahagian dalam membuat keputusan untuk meluluskan cadangan penjualan 16.8 juta saham Sapi Plantations yang dipegang oleh lembaga itu kepada Briskmark Enterprise Sdn Bhd. Kasitah, juga dituduh memperdaya LKTNS dengan menyembunyikan tawaran PPB Oil Palm Sdn Bhd untuk memperuntukkan lima saham syarikat itu bagi setiap saham Sapi Plantations dalam cadangan penyenaraian awam.

Bekas pengarah Brismark Enterprise Sdn Bhd Datuk Wasli Mohamad Said dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu 12 Februari 2004 untuk menghadapi 5 pertuduhan rasuah melibatkan RM1 juta dan pemberian saham 3.36 juta unit saham milik LKTNS. Wasli selaku saksi utama pendakwa mendedahkan di mahkamah bahawa Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee merangkap bekas Ketua Menteri Sabah pernah mengarahkannya membuat pembayaran lebih RM5 juta hasil keuntungan penjualan saham syarikat milik kerajaan negeri Sabah kepada ejen pilihannya pada 1996. Badan Pencegah Rasuah (BPR) / Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pembabitan Yong Teck Lee.[1] Kemudian Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan dakwaan Datuk Yong Teck Lee bahawa tindakan BPR membuka kertas siasatan ke atasnya sebagai satu ugutan. Sebagai sebuah badan penguatkuasa undang-undang, BPR jalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih. [2]

Kasitah dituduh menyembunyikan maklumat daripada ahli lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB) menyebabkan lembaga itu pada 22 Oktober 1996 meluluskan penjualan saham Sapi Plantations kepada Briskmark Enterprise Sdn Bhd, pada harga yang jauh lebih rendah. Akibatnya Lembaga kerugian lebih RM137.5 juta pada 1996.Kasitah sendiri mempengerusikan mesyuarat lembaga itu di Hotel Fairlane di Kuala Lumpur di mana ia merupakan mesyuarat lembaga pertama di luar Kota Kinabalu.

Sebelum penjualan saham itu kepada Briskmark, Kasitah pada mulanya telah memperoleh kelulusan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Kurup, menteri yang bertanggungjawab terhadap SLDB, di mana dia telah mencadangkan dua syarikat Bumiputera membeli saham tersebut.

Kasitah dikataan terdesak untuk melunaskan pinjaman banknya berjumlah RM10.9 juta dari DCB Bank (kini RHB Bank).Tahir ditukar secara mengejut dari Yayasan Sabah dan Kasitah bekerjasama dengan Wasli, pengurus besar baru SLDB, untuk menjual saham kepada Briskmark dan kemudian melunaskan pinjamannya dengan bank.[3][4]